Aneka Jaringan raih kontrak RM35 juta bina kompleks pusat perubatan di Desa Sri Hartamas

Business & Finance
21 Aug 2023 • 2:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aneka Jaringan raih kontrak RM35 juta bina kompleks pusat perubatan di Desa Sri Hartamas

diyana

21/08/2023 - 14:24

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Aneka Jaringan Holdings Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM35 juta untuk membina kompleks pusat perubatan 31 tingkat di Desa Sri Hartamas.

Syarikat itu berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa anak syarikatnya, Aneka Jaringan Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Sena Letrik (M) Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja cerucuk, kerja tanah dan substruktur untuk kompleks pusat perubatan berkenaan.

Kumpulan itu berkata tarikh permulaan kontrak adalah 1 September dan disasarkan siap pada 31 Jan 2025.

Tambahnya, kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 dan 2025 (FY25-25).

Pada rehat tengah hari ini, Aneka Jaringan telah menokok 1 sen atau 5.7% kepada 19 sen, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM124 juta. - DagangNews.com