Anggap Insiden Simbah Asid Faisal Halim Angkara Pengkhianat, Ramai Setuju Dengan Dato Afdlin Shauki

Entertainment
5 Jun 2024 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada bulan Mei lalu, pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi mangsa simbah asid oleh individu yang tidak dikenali, insiden itu menyebabkan Faisal terpaksa menjalani sebanyak empat pembedahan.

Ramai yang mula berkonspirasi berkenaan kes ini namun siasatan sedang giat dijalankan oleh pihak polis, ia termasuklah penghebahan fotofit suspek yang melakukan jenayah tersebut.

Terbaru, pengarah serta pelakon tersohor, Dato’ Afdlin Shauki dalam rancangan podcast yang dikendalikan oleh Amelia Henderson, Studio Sembang berkata perbuatan simbah asid terhadap pemain sayap skuad kebangsaan itu satu pengkhianatan.

@studiosembang

korang setuju tak dengan pendapat @Shauki Store terhadap insiden ni? so how eh lepas ni? more interesting topics dalam episode ni yg korang boleh layan kat @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts k! #jomsembang #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

“Pada saya orang yang buat kepada dia ni, pengkhianat (treason)! Pengkhianat pembalasannya ialah kematian. Ia bukan sahaja pasal Faisal Halim, dia mengganggu seluruh negara.

Dia (Faisal) wakili kita, negara kita. Jangan ingat benda ni kecil,” katanya.

Kenyataan Dato’ Afdlin Shauki yang juga merupakan pengarah bagi filem Harimau Malaya: The Untold Journey itu juga berkata ‘kekacauan’ yang dilakukan oleh individu tersebut kepada Faisal Halim juga membuatkan satu negara terkesan.

“Setuju Dato’!”

Kenyataan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu membuatkan ramai netizen setuju dan rata-rata berharap Faisal Halim diberikan kesihatan agar dapat beraksi semula.

image is not available

Semoga Faisal halim cepat sembuh!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.