“Anggap je sebagai cardio” – Lelaki Berjalan Kaki 26KM Untuk Balik Rumah Gara-gara LRT Rosak

Entertainment
10 Nov 2022 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dari semalam, ramai yang berkongsi kisah pahit mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan untuk pergi ke tempat kerja dan pulang ke rumah dek kerana LRT Laluan Kelana Jaya digantung perkhidmatan selama 7 hari.

Ramai yang terpaksa mencari alternatif lain seperti menaiki e-hailing, bas, tren KTM dan lebih menyedihkan ada yang terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah. Aduhai!

Lelaki berjalan sejauh 26 km untuk balik rumah

Menerusi perkongsian Adam Eji di TikTok, dia telah merakam pengalamannya pulang ke rumah pada Selasa lepas, yang mana pada ketika itu perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dihentikan secara tiba-tiba.

Dalam video itu, Adam memberitahu yang dia akan membuat ‘challenge’ yang mana dia dari Universiti Malaya akan berjalan dari LRT Kerinchi ke KL Sentral.

image is not available

Adam memberitahu situasi pada waktu itu hujan renyai-renyai namun dia tidak menghiraukannya kerana tetap ingin pulang ke rumah, di samping menganggap berjalan kaki itu adalah satu senaman cardio yang sihat.

“Sampai KL Sentral memang chaos!”

Menurut Adam, ketika tiba di KL Sentral, keadaan dilihat agak huru hara di mana ramai penumpang LRT yang terkandas dilihat sedang mencari alternatif lain untuk menuju ke destinasi masing-masing.

image is not available

Adam kemudian memilih untuk menaiki monorel ke stesen Dang Wangi dan kemudian berjalan kaki ke KLCC. Namun agak menyedihkan apabila tiba di sana, tren di KLCC pula tutup!

Lalu Adam terpaksa berjalan kaki lagi ke LRT Ampang Park (juga tutup) dan mengambil alternatif untuk menaiki bas yang berhenti di depan hospital swasta. Dia kemudian berjalan lagi sehingga ke LRT Jelatek dan seterusnya menuju ke LRT berdekatan rumah (Lembah Keramat).

Fuh memang penat gila! Boleh tengok video penuh dia kat bawah.

Rata-rata netizen yang melihat video itu bersimpati dengan nasib yang terpaksa dilalui Adam pada malam tersebut dan berharap pihak LRT dapat menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

image is not available

Tak dapat bayangkan macam mana orang OKU dan warga emas nak lalui perkara macam ni. 7 hari pulak tu. Semoga bertabah!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.