Anggota bomba maut: Pemandu Vios direman hingga 30 Oktober

27 Oct 2026 • 11:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota bomba maut: Pemandu Vios direman hingga 30 Oktober

PORT DICKSON – Pemandu Toyota Vios yang disyaki terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang anggota bomba sebelum melarikan diri direman sehingga 30 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, dua rakannya yang dipercayai membantu menyembunyikan kereta terbabit turut direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 31 hingga 32 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.05 pagi semalam, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Yusri Razali, 46, maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan Toyota Vios di Kilometer 2.6, Jalan Pantai, di sini.

Mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dipercayai terlanggar sisi kanan kereta berkenaan selepas kenderaan itu membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

Susulan kejadian, pemandu terbabit dipercayai melarikan diri sebelum ditahan di Serdang, Selangor, kira-kira pukul 6.30 petang semalam, manakala  dua rakannya pula ditahan di Puchong kerana disyaki membantu menyembunyikan kereta serta menanggalkan nombor pendaftaran kenderaan bagi mengelak dikesan polis. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota bomba maut: Pemandu Vios direman hingga 30 Oktober appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved