Anggota Buat Aksi Tak Senonoh Terhadap Wanita, Ini Jawab Ketua Polis – “Siasatan Telah Dimulakan”

LocalPolitics
16 Dec 2024 • 1:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti seorang anggota polis yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh terhadap seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.

Difahamkan dari laporan MalaysiaGazzette, satu siasatan dalam dibuka terhadap anggota tersebut yang kini sedang bertugas di kawasan ibu negara.

Siasatan telah dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, seorang wanita telah menularkan beberapa foto memaparkan bukti seorang anggota polis melakukan isyarat lucah sewaktu sedang bertugas di satu protes.

Lebih menjijikan, wanita itu mendakwa polis berkenaan melakukan aksi sedemikian berulang kali untuk memastikan dirinya dapat dilihat.

image is not available 3 days ago

Polis Pahang 'Buru' Faridah, Dakwa Bakal Nikah Dengan Tengku Hassanal April 2025