Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan rasuah

LocalPolitics
21 Apr 2026 • 11:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SPRM Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM11,000.

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara November 2024 hingga April 2025.

"Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch ‘n Go miliknya,” menurut sumber itu.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang, Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved