Anggota Polis Ajak Wanita ‘Check-In’, JIPS Jalankan Siasatan Tatatertib

LocalPolitics
16 Jun 2025 • 12:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan tatatertib terhadap seorang anggota polis yang didakwa mengajak seorang wanita berjumpa dan mendaftar masuk ke hotel, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Individu ajak wanita ‘check-in’

Menurut laporan Berita Harian Online, Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad memaklumkan bahawa Ketua Balai Polis Pandan Indah telah membuat satu laporan susulan penularan video tersebut.

image is not available

Foto: TT shaamajinbuuu_

“Siasatan kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada masa yang sama, siasatan tatatertib turut dibuka ke atas pegawai rendah polis yang terlibat, termasuk aspek penyeliaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau penyelia jika didapati bersalah berdasarkan aduan yang diterima.

image is not available

Terdahulu, seorang wanita telah memuat naik satu video di platform TikTok yang dikenali sebagai @shaamajinbuu, yang memaparkan perbualan antara dirinya dan seorang lelaki dipercayai anggota polis.

Dalam rakaman berdurasi satu minit 30 saat itu, individu berkenaan didakwa mengajak wanita terbabit untuk “check-in” bersama di sebuah hotel.

image is not available

Foto: TT shaamajinbuuu_

Malah, menerusi rakaman suara yang tular itu, kedengaran juga suara lelaki tersebut seolah-olah memaksa wanita terbabit untuk keluar dan ‘lepak’ bersamanya.

Menurut Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya mengesan video tersebut yang kemudiannya tular di laman sosial Instagram pada jam 5 petang semalam.

Polis kini sedang berusaha mengesahkan identiti individu yang terlibat dan meminta wanita terbabit tampil membantu siasatan.