
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sangka, bau busuk yang dihidu dari sebuah rumah telah membongkarkan penemuan mayat seorang wanita yang juga bergelar guru pada baru-baru ini.
Mayat terbabit yang dikenali sebagai Lo Kwan Fong, 39, ditemukan dengan keadaan sudah mereput di dalam sebuah rumah di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Johor.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumaran berkata, jiran kepada guru tersebut membuat laporan pada pukul 8 malam di Balai Polis Nusa Bestari pada Khamis lalu (12 Jun).
Mangsa tinggal sendirian, sudah meninggal sebulan lalu
Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati mangsa tinggal di rumah tersebut seorang diri
Jelasnya, siasatan yang dilakukan pihaknya ke atas mayat wanita itu juga mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru mendapati punca kematian mangsa ‘unascertained’ (advance decomposition),” katanya dipetik Kosmo.
Mangsa belum berkahwin, tak mengajar sejak 24 September 2024
Menurutnya lagi, siasatan mendapati mangsa belum berkahwin dan bertugas di sebuah sekolah di Taman Tunku Aminah.
Namun, mangsa dilaporkan tidak datang bertugas sejak 24 September 2024.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur jenayah dikesan dalam kematian mangsa. Kita sedang mengesan waris si mati,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Misteri Titisan Darah Terkena Tilam Terjawab Selepas Bomba Periksa Rumah Atas [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Misteri Kereta Tersadai Tepi Jalan Terjawab, Rupanya Ada Mayat Berbungkus Dalam Bonet [Video]
Source:

