Anggota Polis Berpangkat Sarjan Direman, Disyaki Tipu Wang Hampir Setengah Juta

6 Jan 2024 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek telah diperintah menjalani tahanan reman

Anggota Polis Berpangkat Sarjan Direman, Disyaki Tipu Wang Hampir Setengah Juta. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, dilaporkan bahawa seorang anggota polis berpangkat sarjan telah disyaki menipu membabitkan wang berjumlah hampir RM500,000 di Sibu.

Suspek telah diperintahkan untuk menjalani tahanan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Sibu.

image is not available
Anggota Polis Berpangkat Sarjan Direman, Disyaki Tipu Wang Hampir Setengah Juta

Hukuman penjara minimum 1 tahun

Suspek yang berusia 34 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta dengan sebat, dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.

Majistret Oon Kork Chern memerintahkan suspek ditahan reman bermula semalam.

image is not available

Mangsa melakukan transaksi ke akaun suspek

Menurut laporan, mangsa telah melakukan beberapa transaksi ke akaun suspek antara bulan Oktober, November dan Disember 2023.

Dalam masa yang sama, suspek turut diperintah dihadapkan semula ke mahkamah pada Isnin depan setelah tahanan reman ke atasnya tamat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/tiong-cabar-individu-dakwa-makan-babi-dan-minum-arak-kemukakan-bukti/

https://www.iloveborneo.my/kpdn-sarawak-rampas-12-ribu-liter-diesel/