JIPS Bukit Aman tahan anggota polis disyaki miliki air ketum

6 Jan 2024 • 7:39 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata kes itu telah diserahkan kepada JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, empat anggota terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira kira-kira 2.15 pagi di rumah berkenaan.

Mereka yang merupakan staf pentadbiran di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di ibu negara disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. - 6 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved