Anggota polis cedera di kepala ketika tahan lelaki mengamuk di Sabak Bernam

24 Nov 2026 • 8:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anggota polis cedera di kepala ketika tahan lelaki mengamuk di Sabak Bernam

Seorang anggota polis cedera di bahagian kiri kepala ketika cuba menahan seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun yang dipercayai mengamuk di Sungai Panjang, Sabak Bernam.

SHAH ALAM: Seorang anggota polis cedera di bahagian kiri kepala dalam satu kejadian melibatkan seorang lelaki yang dipercayai mengamuk di sebuah rumah di Sungai Panjang, Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Md Yusof Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung dengan kejadian itu pada 12.09 tengah hari sebelum Unit Kereta Peronda (MPV) digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan tindakan tangkapan.

“Namun, seorang anggota polis berusia 30-an mengalami kecederaan di kiri kepala dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Md Yusof berkata suspek lelaki berumur 69 tahun yang berjaya ditahan turut dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian perubatan.

“Lelaki yang tiada pekerjaan tetap itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved