Cubaan samun di stesen minyak, polis sahkan lelaki tersilap kereta

24 Nov 2026 • 11:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cubaan samun di stesen minyak, polis sahkan lelaki tersilap kereta
Tangkap layar CCTV yang memaparkan seorang lelaki menghampiri kereta seorang wanita ketika dia sedang mengisi minyak.

KEPALA BATAS - Dakwaan cubaan samun membabitkan seorang lelaki di stesen minyak di Kampung Paya di sini pada pagi Selasa disahkan berpunca daripada salah faham selepas lelaki terbabit tersilap membuka pintu kereta milik pengadu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa cubaan samun ketika berada di stesen minyak berkenaan.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku apabila lelaki terbabit tersilap membuka pintu kereta wanita tersebut kerana kedua-dua kenderaan berkenaan mempunyai warna dan jenis yang sama.

"Lelaki berkenaan sebenarnya datang ke stesen minyak itu untuk mengisi minyak kenderaannya sendiri.

"Bagaimanapun dia tersalah kereta kerana keretanya dengan kereta pengadu mempunyai warna yang sama. Sehubungan itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan situasi di stesen minyak berkenaan.

Berdasarkan rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki menghampiri sebuah kereta berwarna merah sebelum berada di bahagian pintu kenderaan itu manakala seorang lagi individu berada berhampiran pam minyak.

Situasi berkenaan mencetuskan dakwaan berlakunya cubaan samun.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved