Anggota polis cedera dibelasah dua warga Myanmar

25 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota polis cedera dibelasah dua warga Myanmar
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal melawat mangsa yang kini dirawat di Hospital Raub.Foto Facebook Fadzli Kamal

KUANTAN - Gara-gara menegur dua warga asing mabuk dan membuat bising di tepi jalan, seorang anggota polis berpangkat koperal cedera dibelasah dalam kejadian di Kampung Pamah Kulat, Raub pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, anggota terbabit cedera dengan bengkak di bahagian kepala dan badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa ke lokasi selepas menerima aduan daripada penduduk berkenaan kacau ganggu dua lelaki warga Myanmar yang bekerja di sebuah ladang durian itu.

"Anggota terlibat telah menegur suspek yang ketika itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising dengan memasang pembesar suara yang kuat di tepi jalan.

"Suspek tidak berpuas hati lalu terus memukul mangsa," katanya.

Azry berkata, susulan kejadian, dua suspek berusia 26 dan 30 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved