Baru-baru ini tular satu video memaparkan perbualan antara seorang wanita dan seorang anggota polis, yang didakwa mengandungi unsur mengaibkan kesantunan wanita.
Menerusi video tersebut, anggota polis berkenaan didakwa mengajak wanita terbabit untuk berjumpa dan mendaftar masuk ke sebuah hotel.
Normally exposed polis kaki gatal macamni. Kau dah tahan perempuan ni lepastu ajak perempuan ni check in? Bodoh betul lah pic.twitter.com/t68idgdKzt
Susulan itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menjalankan siasatan tatatertib terhadap anggota terbabit.
Memetik laporan Sinar Harian, anggota tersebut telah dikeluarkan daripada penugasan sedia ada sementara siasatan dijalankan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, individu terbabit telah dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Siasatan yang dijalankan telah mengenal pasti anggota polis berkenaan, dan individu itu telah dikeluarkan daripada penugasannya.
“Setakat ini, siasatan selari secara tatatertib juga sedang dijalankan terhadap anggota terbabit,” katanya.
The post Anggota polis didakwa ajak wanita ‘check in’, dikeluarkan dari penugasan appeared first on The Reporter.





