Anggota Polis Kantoi Menyamar Jadi Pegawai Kanan Bukit Aman Ditahan Di Kota Samarahan

22 Sep 2024 • 1:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anggota polis itu dipercayai sudah lama tidak melaporkan diri

Anggota Polis Kantoi Menyamar Jadi Pegawai Kanan Bukit Aman Ditahan Di Kota Samarahan. Dilaporkan bahawa, seorang anggota polis ditahan kerana menyamar sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman di hadapan sebuah bangunan kedai di Kota Samarahan semalam.

Kejadian berlaku ketika pasukan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

image is not available
Anggota Polis Kantoi Menyamar Jadi Pegawai Kanan Bukit Aman Ditahan Di Kota Samarahan. Sumber foto: Berita Harian Sg

Memakai vest polis berpangkat Inspektor

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Jaimi Husin, anggota terbabit dilihat memakai vest polis berpangkat Inspektor dan mendakwa dirinya sedang menjalankan operasi risikan sebagai anggota Unit Cawangan Khas Bukit Aman. Bagaimanapun, setelah diperiksa, didapati lelaki itu sebenarnya seorang pegawai rendah polis.

Dikatakan juga, hasil siasatan mendapati anggota tersebut tidak hadir bertugas sejak Mac tahun ini. Selepas menghubungi balai polis tempatnya bertugas, pihak polis mengesahkan statusnya sebagai anggota yang telah lama tidak melaporkan diri.

image is not available
Sumber foto: FB Polis Daerah Kota Samarahan

image is not available
Sumber foto: The Sun

Pihak polis rampas sebuah kereta dan sarung pistol

Susulan penahanan itu, anggota polis tersebut bersama seorang rakannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk siasatan lanjut. Pihak polis turut merampas sebuah kereta dan sarung pistol untuk membantu dalam siasatan kes ini.

DSP Jaimi menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota polis yang melanggar undang-undang dan mencemarkan imej pasukan keselamatan negara.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: