Hampir Kesemua Anak CEO GISBH Dikatakan Bekerja Dengan GISBH

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 2:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) telah ditahan polis susulan laporan bahawa rumah amal milik syarikat itu didakwa telah melakukan penderaan kepada kanak-kanak yang tinggal di situ.

Terkini, memetik laporan Harian Metro, hampir keseluruhan anak CEO GISBH merupakan pengikut GISBH dan bekerja dengan syarikat itu.

Untuk makluman, CEO GISBH mempunyai 26 orang anak hasil dari perkahwinannya dengan empat orang isteri.

Difahamkan juga, dari 26 orang anak CEO tersebut, hanya seorang sahaja yang tidak bekerja dengan syarikat itu kerana dia memilih untuk bekerja sendiri.

image is not available

Menurut Harian Metro lagi, hampir keseluruhan anak-anak CEO GISBH yang bekerja di situ dikatakan bekerja secara sukarela tanpa dibayar gaji khusus.

Difahamkan, mereka tidak dibayar gaji tapi keperluan mereka kesemuanya tetap dipenuhi.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.