Anggota polis maut terkena renjatan elektrik: Balu Koperal Teck Siong dibantu rumah mampu milik

16 Aug 2026 • 4:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota polis maut terkena renjatan elektrik: Balu Koperal Teck Siong dibantu rumah mampu milik
Michael Tiang berkata, pihaknya akan membantu keluarga balu mendapatkan rumah mampu milik selain kediaman sewa menerusi Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS).

SIBU - Balu mendiang Koperal Chiu Teck Siong, Tang Wei Wei dan lima anak perempuannya akan menerima bantuan perumahan serta pendidikan selepas anggota polis itu maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Sabah baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, pihaknya akan membantu Wei Wei, 39, mendapatkan rumah mampu milik selain kediaman sewa menerusi Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS).

"SRAS memberikan tempoh tiga tahun untuk mencari rumah mampu milik bersesuaian untuk mereka.

"Saya percaya perkara ini boleh dilaksanakan dan itu menjadi misi saya,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga itu di Ulu Sungai Merah di sini pada Ahad.

Michael Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tiong Hin di sini bersetuju menanggung perbelanjaan pendidikan termasuk yuran tuisyen anak Wei Wei sehingga tamat tahun enam.

Perbelanjaan pendidikan prasekolah bagi anak bongsu pasangan itu pula akan ditanggung kerajaan.

Selain itu, Michael Tiang berkata, pihaknya akan membantu keluarga itu termasuk dalam beberapa urusan perundangan yang perlu diselesaikan.

Teck Siong, 40, antara tiga anggota polis yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di luar Balai Polis Weston, Beaufort pada 6 Ogos.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan lima anak perempuan berusia empat hingga 11 tahun.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved