Anggota Polis Wanita Hina Pelancong China ‘Busuk’ Kini Disiasat Tindakan Tatatertib

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 9:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang didakwa menghina masyarakat setempat ketika berada di luar negara baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan yang dijalankan bukan sahaja melibatkan aspek tatatertib, malah turut merangkumi kemungkinan pelanggaran undang-undang sekiranya terdapat unsur berkaitan.

Advertisement

KP negara

“Kita telah menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggota yang berkenaan. Bukan sahaja daripada sudut tatatertib, jika ada kesalahan yang melanggar undang-undang, saya akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Pesara Polis Malaysia (RESPA) Kali Ke-42 Tahun 2026, hari ini.

Dalam masa sama, Mohd Khalid turut mengingatkan semua pegawai dan anggota polis supaya sentiasa menjaga disiplin, tatasusila serta imej pasukan tidak kira sama ada berada di dalam atau luar negara.

“Sebagai anggota beruniform, kita terikat dengan peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pasukan. Kita perlu menjaga tata laku pada setiap masa, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga ketika berada di luar negara,” katanya.

Menurut beliau, PDRM akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil sebelum sebarang keputusan atau tindakan lanjut diambil terhadap anggota berkenaan.

Jadi Bahan Berita Media Antarabangsa, Wanita Dalam Video ‘Busuk Tak Mandi’ Di China Tampil Mohon Maaf

“Kita akan memberi keadilan yang sewajarnya dan siasatan dijalankan mengikut SOP serta undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang pempengaruh yang juga anggota polis yang didakwa menghina penduduk tempatan ketika berada di China.

Individu berkenaan didakwa menjerit perkataan tidak sepatutnya sambil menutup hidung di tempat awam, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.

Kontroversi itu turut mendapat perhatian media luar negara dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk rakyat tempatan. – BULETIN TV3

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ekyn wong cina busuk2026-06-21 09:31:12

Jadi Bahan Berita Media Antarabangsa, Wanita Dalam Video ‘Busuk Tak Mandi’ Di China Tampil Mohon Maaf

The post Anggota Polis Wanita Hina Pelancong China ‘Busuk’ Kini Disiasat Tindakan Tatatertib first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved