Polis Siasat Anggota Tular Didakwa Hina Penduduk China Ketika Melancong – KPN

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 4:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Polis Siasat Anggota Tular Didakwa Hina Penduduk China Ketika Melancong – KPN

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada minggu lalu, kecoh di media sosial tindakan sekumpulan pelancong Malaysia yang didakwa menghina penduduk China ketika sedang berkunjung ke negara tersebut.

Menerusi video yang turut mendapat liputan media antarabangsa, kumpulan pelancong berkenaan menutup hidung serta salah seorang daripada mereka menjerit ‘busuk’ serta ‘tidak mandi’ ketika sedang menunggu giliran menaiki bas.

Tindakan individu terbabit yang dipercayai merupakan anggota polis nyata mengundang kemarahan ramai namun dia telahpun membuat permohonan maaf serta mengakui kekhilafan dan menyesal dengan perbuatannya itu.

Polis Siasat Anggota Tular Didakwa Hina Penduduk Setempat Ketika Melancong Ke China

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan tatatertib melibatkan seorang anggotanya yang didakwa menghina penduduk China ketika melancong ke negara tersebut.

Menurut ​Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, anggota polis terbabit walau bagaimanapun masih bertugas seperti biasa pada ketika ini.

“Saya meminta semua pihak bertenang dan PDRM akan menjalankan siasatan sebaik mungkin, bukan saja daripada sudut tatatertib, malah jika ada pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

KPN Beri Peringatan Kepada Pegawai & Anggota Jaga Kelakuan

Pada masa yang sama, Mohd Khalid turut mengingatkan agar semua pegawai serta anggota polis agar sentiasa menjaga tatakelakukan sewaktu berada di dalam mahupun luar negara.

Ia memandangkan kesemua mereka tertakluk kepada peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) meskipun tidak memakai uniform.

Beri Jaminan Siasatan Dijalankan Secara Adil & Telus

Memetik Sinar Harian, Mohd Khalid turut menjelaskan pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan secara adil dan telus sebelum sebarang keputusan atau tindakan lanjut dibuat terhadap anggota terbabit.

“Kita akan memberi keadilan yang sewajarnya dan siasatan dijalankan mengikut SOP serta undang-undang yang ditetapkan,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan:

Siap Tutup Hidung, Reaksi Pelancong Malaysia Jerit ‘Busuk’ & ‘Tak Mandi Ke?’ Di China Undang Kecaman
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved