Anggota tentera ditahan bersama pistol, peluru di Sungai Besi

3 Oct 2026 • 9:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anggota tentera ditahan bersama pistol, peluru di Sungai Besi

Seorang anggota tentera lingkungan 30-an ditahan bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di sebuah kem tentera di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera ditahan bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di kawasan parkir kereta di sebuah kem tentera di sini, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Lim Chun How berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, kira-kira 12.42 tengah malam.

“Hasil semakan mendapati anggota tentera itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota terbabit telah direman lima hari hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan tempoh reman itu dilanjutkan lima hari lagi hingga 8 Okt.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved