Anggota Tentera Ma*t Terpelanting Dirempuh Pemandu Tak Bertanggungjawab, Memecut Di Lampu Isyarat

LocalCars
16 Apr 2026 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tular di media sosial tentang luahan seorang pengguna Threads yang mahu menuntut keadilan buat anggota keluarganya yang terlibat dalam kemalangan maut di Bukit Mahkota, Selangor pada bulan lalu.

Abang kepada Nor Fatihah Buang, 26 iaitu Staff Sarjan Mohd Fiqri Buang, 39 dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu secara melulu di kawasan lampu isyarat.

Dalam video rakaman dashcam menerusi hantaran itu, dapat dilihat mangsa yang merupakan seorang anggota tentera itu sedang berhenti di lampu isyarat merah, sebelum sebuah kereta dari arah bertentangan memecut laju untuk membelok telah merempuh mangsa sehingga terpelanting daripada motor.

Artikel berkaitan: Anggota Tentera Kritikal : Mangsa Dip*kul Bersama 6 Anggota Lain Sebab Tak Puas Hati

Artikel berkaitan: Kes Pukul Dalam Kem Tentera Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh

image is not available

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Mac 2026 sekitar jam 10.58 malam itu, Fatihah menjelaskan bahawa tubuh mangsa telah tercampak ke tembok bangunan yang terletak di seberang jalan. Menurut Fatihah, mangsa mengalami pendarahan teruk dalam otak dan patah kaki.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar jam 4.20 pagi pada jam 27 Mac lalu. Susulan dengan kejadian itu, Fatihah berharap agar kes abangnya ini dapat dibicarakan dan diselesaikan dengan segera.

image is not available

“Saya tengok kes Myvi biru dan ustazah lebih kurang kes abang saya jadi saya harap sangat kuasa viral dapat membantu kes ini dipercepatkan.”

Bercerita kepada Lobak Merah, Fatihah menjelaskan bahawa abangnya yang berkhidmat di Kem Tun Ibrahim, Kajang, Selangor itu seorang bapa yang bertanggungjawab. Bahkan bapa kepada lima orang anak itu juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan perubatan yang terbaik buat salah seorang anak istimewanya.

“Abang saya seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang, sentiasa berusaha untuk mendapatkan perubatan yang terbaik untuk anak-anak terutamanya anak bongsu yang merupakan anak istimewa iaitu apert syndrome yang perlu mendapatkan rawatan di PPUM setiap bulan.”

image is not available

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Threads, terdapat satu video meruntun hati yang memperlihatkan ibu kepada mangsa yang datang dari Johor sedang mencium jenazah mangsa sambil menangis teresak-esak.

Mangsa meninggalkan seorang balu Siti Nor Aisyah, 37 dan lima orang anak iaitu Muhammad Firas Firdaus,17; Muhammad Fahim Danial, 15; Nur Afrina Firzanah, 13; Nur Adrina Firhanah, 11 dan Nur Ardhania Firha, 9.

Jenazah Allayarham Mohd Fiqri Bin Buang telah selamat disemadikan Tanah Perkuburan Islam Saleng, Kulai Johor.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved