Anggota tentera tinggal nota “malaikat memanggilmu” sebelum maut kemalangan

15 Oct 2024 • 10:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anggota tentera tinggal nota

Seorang anggota tentera tinggal nota “malaikat memanggilmu” yang ditulis di sebiji botol sebelum dikhabarkan meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.

Kakak kongsi khabar duka

Menerusi perkongsian kakak kepada anggota tentera tersebut yang dikenali sebagai Naa Zamm, dia menyatakan allahyarham adiknya, Muhammad Kamaruzzaman Bin Zamahari telah meninggal dunia beberapa hari lepas bersama dua lagi rakannya.

image is not available

Anggota tentera tinggal nota, tulis di botol

Pengguna Facebook itu memaklumkan yang adiknya seakan memberi petanda bahawa bakal ‘pergi’ apabila meninggalkan nota di atas botol kaca yang tertulis “malaikat memanggilmu”.

Botol tersebut dijumpai di bilik adiknya dipercayai ditulis beberapa hari sebelum melapor cuti hujung minggu selama tiga hari.

image is not available

Anggota tentera tinggal nota “malaikat memanggilmu”

Wanita tersebut juga memuat naik gambar terakhir adiknya sewaktu menjalankan latihan dengan memuji penampilan yang kacak.

Difahamkan, gambar tersebut diambil beberapa hari sebelum allahyarham dilaporkan meninggal dunia.

image is not available

Urusan pengebumian berjalan lancar di kampung halaman

Susulan daripada itu, Naa Zmm menyatakan urusan pengebumian adiknya telah berjalan dengan lancar dan disemadikan di kampung halaman di Kuching Sarawak.

Jelasnya, allahyarham memang merancang untuk pulang ke kediaman keluarga pada bulan Oktober, dan hasrat tersebut akhirnya tercapai namun dia kembali untuk selamanya.

image is not available

Sebak baca nukilan kakak tentang anggota tentera tinggal nota

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan salah takziah kepada keluarga Pbt Mohd Kamaruzzaman Bin Zamahari diatas pemergian yang tidak dijangka itu.

Rata-rata mereka mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta ahli keluarga yang ditinggalkan kuat menerima ujian daripada Allah S.W.T.

image is not available

Salam takziah buat ahli keluarga

image is not available

Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman

image is not available

Terdahulu, laman Facebook rasmi, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja memaklumkan tiga anggota mereka meninggal dunia pada 12 Oktober 2024.

Susulan daripada itu, Pegawai Memerintah serta seluruh warga 1 RAMD mengucapkan Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Pbt Muhammad Faizal Bin Firdaus dan Pbt Mohd Kamaruzzaman Bin Zamahari yang telah kembali ke rahmatullah.