Anggota Tentera Tumbuk Wanita Tidak Digantung Tugas, Cuma Diberi Nasihat

LocalPolitics
8 Apr 2025 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengambil tindakan awal di peringkat pentadbiran dengan memberikan nasihat kepada seorang anggotanya yang dipercayai terlibat dalam insiden kekerasan terhadap seorang pemandu wanita di Jalan Persiaran Senawang 4, Negeri Sembilan, pada 29 Mac lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, menjelaskan bahawa anggota terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

image is not available

Sumber : Sinar Harian  

Kita telah beri nasihat sewajarnya, dan selebihnya kita serahkan kepada siasatan polis. Kita tidak boleh mencampuri proses siasatan yang sedang dijalankan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang anggota tentera telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pada Isnin lalu atas pertuduhan mencederakan seorang wanita dalam kejadian yang berlaku hujung bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Sebelum itu, satu klip video tular di media sosial menunjukkan seorang wanita, pemandu kereta Perodua Axia, ditumbuk oleh seorang lelaki di kawasan Taipan Senawang.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku selepas lelaki terbabit didakwa berang kerana percaya anaknya telah dilanggar oleh pemandu kereta tersebut ketika melintas jalan.

image is not available 24 hours ago

Askar Mengaku Tak Bersalah Tumbuk Wanita Dalam Kereta Axia Dua Kali