Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan anggota tentera yang dituduh menumbuk seorang wanita hingga cedera di Jalan Persiaran Senawang 4, Negeri Sembilan, masih menjalankan tugas seperti biasa sementara siasatan polis sedang berjalan.
Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhamad Hafizuddeain Jantan, pihaknya telah mengambil tindakan pentadbiran awal dengan memberi nasihat kepada anggota terbabit. Katanya, tiada tindakan lanjut boleh diambil kerana kes masih dalam siasatan pihak polis.
“Kita beri nasihat, selebihnya serah pada siasatan polis. Kita tidak boleh ganggu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
- ‘Tempatkan warden sepenuh masa dalam kalangan pesara tentera, polis’ – Aysraf Wajdi
- Jiran selamba buka pagar, parking kereta dalam rumah tanpa izin
- Sampai tisu pun dikongsi, netizen ‘potong kaki’ tengok aksi spontan Syed Saddiq & Bella Astillah
- Baru 20 jam diserahkan, anak kucing ini jatuh lima tingkat dan cedera parah
- ‘Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian’ – Dr Asyraf Wajdi
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban atas tuduhan mencederakan seorang wanita. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Kes tersebut mendapat perhatian ramai selepas tular satu klip video memaparkan lelaki berkenaan menumbuk pemandu wanita Perodua Axia di kawasan Taipan Senawang. Difahamkan, kejadian berlaku selepas suspek mendakwa anaknya dilanggar oleh wanita tersebut semasa melintas jalan.
The post TDM tak gantung tugas anggota tumbuk wanita, cuma beri nasihat appeared first on The Reporter.


