Angin kencang rosakkan 30 rumah, masjid di Semporna

22 Dec 2024 • 11:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEMPORNA, 22 DIS: Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air di sini rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman berkata dianggarkan 20 rumah serta sebuah masjid di Kampung Selamat rosak dan 10 rumah rosak di Kampung Seri Aman.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.21 pagi dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi. Selain rumah, kira-kira 20 kenderaan turut rosak,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Madzlan, kejadian itu menyebabkan berlaku litar pintas dan Sabah Electricity serta pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat pada 7.38 pagi, katanya.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved