
BEAUFORT: Sebuah rumah musnah terbakar di Kampung Luagan, di sini, kira-kira jam 9.16 pagi Rabu lepas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muhammad Hasbullah Nenggok berkata pihaknya mengerahkan 10 anggota dengan tiga jentera ke lokasi selepas menerima panggilan melalui MERS999.
Advertisement“Apabila tiba, pasukan mendapati sebuah rumah terbakar 90 peratus.
“Pasukan memulakan operasi pemadaman dengan bekalan air dari sumber terbuka menggunakan pam terapung, selain bekalan dari jentera,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Semua penghuni rumah itu sempat menyelamatkan diri.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat.


