Angka kematian akibat gempa bumi Maghribi cecah 2,122

11 Sep 2023 • 10:07 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

AMIZMIZ, 11 SEPT: Sekurang-kurangnya 2,122 orang terbunuh manakala 2,421 cedera akibat gempa bumi kuat melanda Maghribi pada Jumaat, menurut kemas kini Kementerian Dalam Negeri Maghribi pada Ahad, lapor Xinhua.

Sebanyak 1,351 orang dilaporkan terbunuh di Wilayah Al Haouz, 492 di Wilayah Taroudant, 201 di Chichaoua, dan 17 di Marrakesh, menurut kenyataan kementerian itu.

Pada awal hari itu, penduduk Marrakesh memberitahu wartawan Xinhua bahawa gegaran susulan masih boleh dirasai.

Menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bencana itu telah menjejaskan lebih 300,000 orang di bandar lama purba itu dan kawasan sekitar.

Jumlah korban dijangka meningkat.

Bulan Sabit Merah Maghribi (MRC) memaklumkan bahawa situasi di lapangan menimbulkan cabaran besar kepada usaha mencari dan menyelamat, dan “penggunaan jentera berat ke kawasan terpencil di Pergunungan Atlas untuk membantu dengan itu menjadi keutamaan.”

Gempa bumi melanda Maghribi pada Jumaat sekitar 11:11 malam waktu tempatan (2211 GMT) pada kedalaman 18.5 km, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

–BERNAMA-XINHUA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved