Pemuda Maghribi Hanya Sempat Selamatkan PS5 Ketika Gempa Bumi

11 Sep 2023 • 10:45 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Umum sedia maklum, pasuka kecemasan serta penduduk kampung sedang giat mencari mangsa terlibat dalam gempa bumi yang telah melanda di Maghribi pada Jumaat lalu sehingga mengorbankan 2,122 orang manakala 2,421 cedera.

Bagaimanapun, menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Oussazeus di laman X, kelihatan seorang pemuda tanpa berbaju dan berkaki ayam menyelamatkan diri sambil membawa konsol permainan PS5 (Play station 5) di tengah jalan.

“Lelaki ini telah meninggalkan rumahnya sambil membawa Playstation 5 selepas gempa bumi kuat melanda Maghribi,” tulis Oussama.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah menjadi tular dimana menerima lebih 60,000 tanda suka daripada warganet.

Ada netizen terhibur

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan pemuda tersebut yang masih sempat memikirkan alat permainannya meskipun negara dilanda gempa bumi yang kuat.

image is not available
image is not available image is not available

Netizen lelaki tabik!

Bukan itu sahaja, majoriti netizen lelaki memuji pemikiran pemuda tersebut bahkan akan melakukan perkara yang sama jika mengalami situasi seperti itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: X @Oussazeus