Angka Korban Banjir, Tanah Runtuh Di Indonesia Meningkat Kepada 502

WorldEnvironment
1 Dec 2025 • 6:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Angka Korban Banjir, Tanah Runtuh Di Indonesia Meningkat Kepada 502

JAKARTA, 1 Dis (Bernama-Xinhua) — Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh baru-baru ini di tiga wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 502 orang dengan 508 lagi masih hilang, lapor Xinhua memetik Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) pada Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan secara intensif di kawasan terjejas, menurut agensi itu.

BNPB melaporkan bahawa banjir mengakibatkan kira-kira 550,000 penduduk dipindahkan di wilayah Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh. Kerosakan jalan serta gangguan rangkaian komunikasi menyebabkan beberapa kawasan terjejas tidak dapat diakses, dengan bantuan disalurkan terutamanya melalui udara.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Isnin berkata usaha kerajaan dalam operasi menyelamat dan bantuan sedang digerakkan sepenuhnya.

Beliau menegaskan bahawa Indonesia mesti memberikan respons berkesan terhadap perubahan iklim dan kerajaan tempatan perlu memainkan peranan lebih besar dalam perlindungan alam sekitar serta persediaan menghadapi kejadian cuaca ekstrem pada masa depan.

BACA: Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Lelaki Itali Buat Ramai Tertarik

Sumber: Bernama

The post Angka Korban Banjir, Tanah Runtuh Di Indonesia Meningkat Kepada 502 appeared first on Siakap Keli.