Kementerian Luar Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Barat

30 Nov 2025 • 11:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kementerian Luar Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Barat

PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) — Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 Nov lepas.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat, dan polis tempatan (Polres Padang Panjang) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat.

Ia juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Sumatera Barat untuk sentiasa mengikuti semua arahan daripada pihak berkuasa tempatan serta menjauhi zon terdedah kepada tanah runtuh dan banjir, terutamanya laluan Padang-Bukittinggi di kawasan Lembah Anai, yang masih ditutup.

“Rakyat Malaysia yang kini berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Konsulat Jeneral bagi memudahkan pemberian bantuan dan komunikasi yang tepat pada masanya,” menurut kenyataan itu.

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan boleh dihubungi melalui talian +62 823-6164-6046 , yang beroperasi secara 24 jam atau e-mel kepada: mwmedan@kln.gov.my.

BACA: Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Di Sepang Ditemukan Lemas

Sumber: Bernama

The post Kementerian Luar Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Barat appeared first on Siakap Keli.