Angka korban Gaza meningkat kepada 74,370, serangan Israel masih berterusan

11 Oct 2026 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Angka korban Gaza meningkat kepada 74,370, serangan Israel masih berterusan

GAZA, 11 OKT: Jumlah korban akibat pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 meningkat kepada 74,370 kematian dan 175,371 kecederaan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Pihak berkuasa kesihatan di Semenanjung Gaza dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan 10 mangsa terkorban bersama 65 yang lain yang cedera dikejarkan ke hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut kenyataan itu jumlah kematian sejak gencatan senjata dicapai pada 11 Okt 2025 melonjak kepada 1,481 orang, manakala bilangan yang cedera mencecah 5,254 orang, dengan 836 mayat berjaya digali keluar.

Ia berkata sebanyak 106 kematian telah ditambah ke dalam jumlah kumulatif angka korban selepas data mereka diselesaikan dan diluluskan oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab mengesahkan kematian, sejak penambahan terakhir pada 3 Okt.

Pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza di tengah-tengah kehilangan nyawa yang tidak henti-henti dan peningkatan jumlah mangsa, ketika situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza terus meruncing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved