Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan

9 Oct 2026 • 8:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya berusia setahun meninggal dunia di Hospital Melaka pada 7 Oktober lalu akibat kecederaan fizikal, berdasarkan hasil bedah siasat.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan berhubung kematian mangsa selepas kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.00 petang pada hari berkenaan.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan fizikal dan bukannya sawan seperti yang didakwa ibunya.

“Susulan kejadian itu, polis menahan empat warga Myanmar, terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 20 hingga 50 tahun, pada 8 Oktober lalu bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya, kesemua mereka direman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Oktober ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang menyebabkan kematian kanak-kanak berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN

The post Kanak-kanak Rohingya maut akibat kecederaan fizikal, empat ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved