Angka korban gempa Indonesia meningkat, EU tawar bantuan satelit

WorldEnvironment
15 Aug 2026 • 6:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Angka korban gempa Indonesia meningkat, EU tawar bantuan satelit

MAUMERE: Pasukan penyelamat terus berusaha mencari mangsa di celah runtuhan selepas gempa bumi kuat 7.7 magnitud melanda perairan berhampiran Pulau Flores pada pagi Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang, menurut seorang pegawai bencana.

Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Suharyanto berkata, 13 orang turut cedera, termasuk dua yang mengalami kecederaan parah.

“Beberapa mangsa masih terperangkap di dalam bangunan. Dua helikopter dan sebuah pesawat sedang disiapkan bagi membantu operasi menyelamat,” katanya.

Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen, menawarkan bantuan menerusi satelit pemerhatian bumi Copernicus milik blok itu.

“Eropah bersedia mengerahkan Copernicus, mata kita di angkasa untuk menyokong usaha mencari dan menyelamat. Indonesia, kami bersama anda,” tulisnya di X.

Puluhan rumah dan bangunan lain mengalami kerosakan apabila gempa melanda pulau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan di timur Indonesia itu.

Suharyanto berkata, kira-kira 2,000 penduduk sudah dipindahkan.

“Saya tidak pernah merasai gempa sebesar ini. Ia terasa seperti kami berada di atas trampoline, memang sangat menakutkan.

“Ketika saya bergegas keluar, segala-galanya di dalam rumah jatuh termasuk televisyen, trofi anak saya, rak pinggan dan beg pakaian di atas almari. Apabila saya keluar, anak saya dan jiran-jiran sudah berada di luar sambil menjerit ketakutan,” kata pensyarah, Yulian Juita Ekalia di bandar Ruteng.-AFP

The post Angka korban gempa Indonesia meningkat, EU tawar bantuan satelit appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved