Angka korban Palestin hampir 26,000 orang, lebih 64,000 cedera

26 Jan 2024 • 1:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ANKARA, 26 JAN: Angka kematian di Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Oktober lalu kini meningkat kepada 25,900 nyawa, manakala 64,110 lagi cedera, Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.

Dalam tempoh 21 jam lalu, tentera Israel melakukan 24 pembunuhan beramai-ramai di seluruh Semenanjung Gaza hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 200 orang dan mencederakan 370 lagi, menurut kementerian terbabit.

Kementerian itu mendakwa Israel melakukan jenayah genosid di tempat perlindungan yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dan di kawasan al-Mawasi (bandar Khan Younis) yang kononnya didakwa selamat.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu hingga mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusan pada Jumaat bagi tuntutan langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan berhubung kes dakwaan genosid yang dilakukan Israel.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved