Angkara cemburu, syak dicurangi lelaki tumbuk isteri bertubi-tubi

LocalFamily & Parenting
25 Jul 2025 • 2:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Cemburu dan dicurangi dipercayai menjadi motif seorang nelayan tempatan, 65, menumbuk isterinya, 41, bertubi-tubi sehingga cedera dalam kejadian di Pasar Gantung Tapak Seratus Tahun di sini, kira-kira jam 10.30 malam, Selasa, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin. Beliau berkata lelaki itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD).

Dalam kenyataan di sini pada Khamis, suspek didakwa menumbuk muka dan kepala mangsa bertubi-tubi sehingga menyebabkan bibir dan hidung wanita terbabit berdarah.

“Berdasarkan soal siasat setakat ini menunjukkan suspek dipercayai melakukan perbuatan itu kerana didorong rasa cemburu dan beranggapan isterinya yang juga pengadu curang terhadap dirinya,” tambahnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dalam kes berasingan, Jasmin berkata seorang lagi lelaki warga tempatan juga ditahan selepas dipercayai membelasah isterinya sehingga lebam dan menanggung kesakitan di seluruh badan.

“Suspek dan isterinya masing-masing berumur 19 tahun dilaporkan terlibat dalam pertengkaran akibat salah faham sehingga menyebabkan lelaki itu marah dan memukul wanita berkenaan,” katanya.

Menurutnya kejadian itu berlaku di sebuah kedai runcit di kawasan Balung kira-kira jam 12 tengahari pada Selasa, manakala suspek ditahan kira-kira jam 3.50 petang keesokannya dekat deretan gerai di tepi Jalan Apas-Balung.

Siasatan kedua-dua kes dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan dengan sengaja) dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.