
Kota Kinabalu: Seekor kucing terpaksa menahan kesakitan selama hampir dua jam selepas lehernya tersangkut pada lubang dinding di sebuah rumah di Sunny Garden pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian itu, sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejar ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan kucing yang tersekat pada dinding rumah tersebut.
Pegawai Bencana Operasi APM Kota Kinabalu, Ezra Gandui Daniel berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.59 pagi.
“Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan leher kucing tersangkut pada dinding rumah dan difahamkan haiwan itu tersangkut selepas mengejar lipas sehingga ke lubang tersebut.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Setelah menilai keadaan, pasukan kami mendapat kebenaran daripada pengadu untuk memecahkan tembok dinding rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin. Menurutnya, usaha menyelamatkan haiwan itu dilakukan secara berhati-hati ketika proses memecahkan tembok dinding rumah pengadu.
“Anggota kita bertindak melindungi kucing tersebut dengan selamat menggunakan selimut semasa memecahkan tembok rumah pengadu dan kucing itu berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama satu jam 45 minit.
“Tiada sebarang kerosakan peralatan dan kecederaan terhadap anggota yang terlibat semasa proses menyelamatkan haiwan berkenaan dan operasi ditamatkan kira-kira jam 1.30 petang,” katanya.
Sebelum itu, Ezra memaklumkan kejadian serupa pernah berlaku terhadap kucing tersebut apabila tersekat di rumah dan di lubang yang sama.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

