Angkara Sindiket Macau Scam, Jururawat Rugi RM198,000

30 Dec 2022 • 6:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang penjawat awam di Pahang kerugian hampir RM200,000 akibat terpedaya dengan Macau Scam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Seorang jururawat di hospital kerajaan di Kuantan Pahang kerugian RM198,000 akibat terpedaya dengan Macau Scam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 36 tahun itu pada awalnya menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar dari syarikat penghantaran barang, J&T Express. 

Katanya, panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada pegawai polis dan kononnya mangsa terbabit sindiket senjata api serta pengedaran dadah.

“Selepas itu, suspek meminta mangsa membuat pinjaman peribadi dan diberikan satu link (pautan) untuk mengisi maklumat mangsa.

“Setelah pinjaman peribadi diluluskan pihak bank dari tempoh permohonan lebih kurang dua minggu, wang tersebut dipindahkan ke akaun suspek tanpa disedari mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Susulan itu, Ramli berkata, mangsa membuat laporan polis pada Khamis lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga.

Malah, mereka digesa tidak melayari sebarang aplikasi daripada pautan mencurigakan.

“Jangan takut atau cemas apabila menerima panggilan telefon kononnya daripada pihak berkuasa mendakwa anda terlibat dengan apa-apa jenayah.

“Adalah diingatkan bahawa pihak penguatkuasa tidak menjalankan sebarang siasatan melalui panggilan telefon.

“Sentiasa semak dengan balai, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved