
Misi Artemis IV ke bulan telah ditangguh ke 2028 tetapi kelengkapan yang akan digunakan masih terus dibangunkan mengikut jadual. Semalam baju dalam angkasawan dengan sistem penyejukan cecair untuk misi ini telah diperlihatkan kepada umum.

Baju Pakaian Penyejukan dan Pengudaraan Cecair(LCVG), dipakai di bawah sut Axiom Extravehicular Mobility Unit (AxEMU) yang akan digunakan dalam misi dan Artemis IV. Ia direka oleh Axiom Space dan Prada dengan sistem cecair menyerap haba tubuh sebelum ia dilepaskan ke angkasa. Kepakaran aeroangkasa Axiom Space dipadankan dengan pengalaman serta kemahiran reka bentuk Prada dalam penggunaan fabrik menghasilkan LCVG.

Ia diperbuat daripada bahan fabrik berprestasi tinggi untuk ketahanan misi jangka panjang. Terdapat juga sistem penyejukan sekunder sekiranya sistem utama gagal berfungsi. Akhir sekali LCVG juga berfungsi sebagai sistem pengudaraan yang menghembuskan oksigen ke buka angkasawan bagi menyingkirkan karbon dioksida.

