Angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor Isnin ini

18 Aug 2023 • 6:27 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan Isnin ini di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 11 pagi.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, turut mengangkat sumpah pada hari yang sama ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor pada hari Isnin ini.

“Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada 21 Ogos 2023 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 2 petang,’’ kata kenyataan berkenaan. - 18 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved