
Selamba je beliau angkat tong gas tu
Angkat Tong Gas Siap Pakai Heels, Gelagat Sumandak Sabah Ini Jadi Perhatian Netizen. Siapa kata wanita tidak boleh melakukan kerja berat? Seorang wanita Sabah telah membuktikan bahawa dia boleh mengangkat tong gas dengan mudah sambil memakai kasut tumit tinggi.
Video tersebut telah dimuat naik oleh beliau sendiri di Tiktok menerusi akuan @gugu.m05 dan mendapat perhatian netizen.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, wanita tersebut dilihat mengangkat tong gas sambil menuruni anak tangga dengan siap memakai kasut tumit tinggi.
Dia tidak kelihatan sukar atau terhuyung-hayang walaupun memakai heels. Malah, dia juga sempat memandang ke arah kamera dengan senyuman manis.
Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah dilontarkan netizen.
Antaranya ramai yang berpendapat gadis-gadis dari Sabah memang sudah terbiasa melakukan kerja-kerja berat dari kecil.
Sumandak Sabah memang sudah terbiasa kerja berat-berat, tanam padi, putung gatah dan banyak lagi,” katanya dalam kapsyen video itu.
Netizen yang melihat video itu terpegun dengan kebolehan dan kegigihan beliau. Ramai yang memuji dia sebagai wanita yang kuat, cantik dan pandai masak.

Ada juga yang mengatakan bahawa dia adalah idaman lelaki dan contoh kepada wanita lain.
Video tersebut telah ditonton lebih daripada 500K tontonan di Tiktok kali dan mendapat lebih daripada 500 komen.



