Angkatan Tentera Malaysia Ingin Merekrut Gamer Untuk Menerbangkan Dron

LocalTechnology
20 Nov 2026 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Angkatan Tentera Malaysia Ingin Merekrut Gamer Untuk Menerbangkan Dron

Pernahkah anda ditegur orang tua, rakan atau teman hidup kerana membuang masa kerana hobi permainan video? Jika ya anda sekarang boleh gunakan alasan adan sebenarnya sedang berlatih untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Image from: Angkatan Tentera Malaysia Ingin Merekrut Gamer Untuk Menerbangkan Dron

Panglima ATM, General Malek Razak Sulaiman, berkata kemahiran digital golongan muda, termasuk gamer, boleh membantu memperkukuhkan keupayaan dron ketenteraan negara menurut laporan Straits Times. Pengalaman bermain permainan video dianggap satu kelebihan, tetapi tidak secara automatik melayakkan seseorang mengendalikan dron tentera.

Dron ATM akan memberikan tumpuan kepada misi perisikan, pengawasan dan peninjauan (ISR), khususnya di Laut China Selatan. Jun lalu TUDM menerima tiga dron Anka THS daripada Turkiye bagi tujuan pemantauan perairan negara dengan ia turut mempunyai kemampuan menjadi platform senjata sekiranya diperlukan.

ATM pada waktu ini nampaknya sekadar mencari bakat menerbangkan dron konvensional untuk ISR dan bukan dron kecil FPV yang kini digunakan di medan perang seperti di Ukraine. Di Ukraine dan Rusia, golongan gamer menjadi sumber utama rekrut pasut pengendali dron kamikaze yang berjaya memusnahkan askar infantri, kereta kebal, dan pesawat pengebom Rusia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved