Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, yang mendakwa negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, ‘tiada wang’ dan tidak relevan sebagai rakan dagang kepada China.
Anwar menyifatkan kenyataan itu sebagai angkuh dan memperlihatkan kejahilan terhadap realiti semasa rantau ini.
Menurut Anwar, pandangan O’Reilly mencerminkan sikap sempit yang terperangkap dalam pemikiran imperialis, bersifat xenofobia serta sarat dengan elemen perkauman dan Islamofobia.
- ‘Nak sejuk kena bayar lebih ke’ – Penumpang Grab terkedu kena marah sebab buka aircond belakang
- ‘Ini bukan konten, saya turut tersepit’ – Aliff Syukri akhirnya bersuara
- CEO Pos Malaysia dikecam lepas tegur posmen soal baju koyak, akhirnya mohon maaf
- Pelajar universiti kantoi rakam wanita mengandung di pasar raya, simpan untuk kepuasan peribadi
- ‘Shahida wanita beauty with brain, kaya dengan kebaikan’ – Bonda Rozita
“Ini satu gambaran sikap ekstrem keangkuhan sesetengah orang yang dangkal ilmu. Mereka anggap hanya negara mereka sahaja yang berjaya,” katanya memetik laporan Bernama.
Kenyataan O’Reilly itu dilontarkan ketika mengulas lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja, yang bertujuan memperkukuh hubungan dagang dan diplomatik di rantau ini.
Lawatan rasmi Xi ke Malaysia baru-baru ini menyaksikan hubungan kedua-dua negara ditingkatkan ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif dengan pertukaran 31 dokumen perjanjian dan MoU.
Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1974 dan tahun lalu memperingati ulang tahun ke-50 hubungan tersebut.
Sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM484.12 bilion pada tahun 2023, merangkumi hampir 17 peratus daripada jumlah dagangan global negara.
The post ‘Angkuh dan jahil!’ – Anwar tempelak Bill O’Reilly hina Asia Tenggara appeared first on The Reporter.


