Anif juarai acara beregu B18 kebangsaan

29 Apr 2025 • 10:42 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Anak jati Sabah Datu Anif Datu Asrah, menjuarai acara beregu lelaki dalam Kejohanan Badminton Kebangsaan Bawah 18 Tahun Petronas 2025 yang menutup tirainya di Akademi Badminton Perak di Ipoh hujung minggu lalu.

Pemain berusia 17 tahun yang bernaung di bawah BAM (Persatuan Badminton Malaysia) itu bergandingan dengan Damien Ling Tang Le, berjaya menepati status pilihan utama mereka apabila menewaskan pilihan ketiga/keempat, Zi Hin Heng dan Ethan Oh Jun Hui, menerusi 15-6, 15-12 di final.

Bagaimanapun, Anif gagal mengulangi kejayaan dalam acara beregu campuran walaupun bergelar pilihan utama apabila beliau dan pasangannya, Dania Sofea dari Johor, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada pasangan pilihan kedua, Lo Ziheng dan N. Maisarah Ramdan, dengan 16-14, 10-15, 14-16 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Seorang lagi pemain dari Saba, Muhammad Nur Azhar Zunaide turut cemerlang dalam acara beregu lelaki apabila membawa pulang pingat gangsa bersama rakan sepasukan dari Johor, Siau Yu Hang.

Pasangan tersebut terpaksa menarik diri dalam perlawanan separuh akhir menentang Ethan dan Zi disebabkan kecederaan yang dialami Siau ketika kemenangan tiga set 4-15, 15-13, 17-15 mereka di peringkat suku akhir ke atas pasangan BAM, Isyraf Hafizin Ibrahim dan Ungku Mohamed Ungku Ameer Alif.

Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) Datuk Dr. Maijol Mahap dalam kenyataannya pada Isnin berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian mereka. “Anif telahpun menunjukkan potensinya dalam Kejohanan Remaja Asia di Indonesia tahun lalu.

“Kejayaan kali ini membuktikan lagi bahawa gandingannya dengan Damien Ling dan Dania Sofea di landasan yang betul untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Kejayaan Anif dan Nur Azhar membuktikan bahawa pemain kita bukan sahaja berbakat dan lincah di gelanggang, malah memiliki semangat juang yang tinggi.

“Selain itu, kita juga mempunyai pemain-pemain muda lain seperti Shim Hymn Isiah, Saidatul Saadiah, Lim Xe Xuan dan Jing Xuan Chua yang menunjukkan potensi besar dalam kejohanan ini,” katanya.

Tambahnya, Sabah turut membawa pulang empat pingat gangsa dalam Pusingan Pertama Kejohanan Badminton Junior Elite Tour (JET) yang berlangsung di Melaka pada Februari lalu serta satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Pusingan Kedua yang diadakan di Selangor awal bulan ini.

“Dengan pencapaian yang positif ini, SBA kini giat melaksanakan program pembangunan badminton dengan memberi tumpuan khas kepada pemain-pemain cemerlang dalam JET 1, JET 2 dan Kejohanan Bawah 18 Tahun.

“Sebahagian daripada mereka akan diserapkan ke Akademi Badminton Sabah yang sedang dalam proses penubuhan manakala sebahagian lagi akan meneruskan latihan di Akademi Badminton Malaysia dan Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Ini merupakan sebahagian daripada projek besar SBA untuk mengembalikan kegemilangan badminton Sabah di peringkat kebangsaan,” katanya.