ANIFEST-X raikan sedekad seni kreatif dan TVET

4 Oct 2026 • 6:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ANIFEST-X raikan sedekad seni kreatif dan TVET

KUALA LUMPUR: Festival Seni Kreatif dan TVET Malaysia, ANIFEST-X, edisi ke-10, berlangsung selama dua hari di KL Gateway Mall, Bangsar South, Kerinchi di sini, sempena meraikan perjalanan sedekad dalam memperkasa seni kreatif, bakat dan idea generasi baharu.

Berlangsung pada 3 dan 4 Oktober, festival bertemakan ‘1 DEKAD, SEJUTA INSPIRASI’ itu menghimpunkan elemen seni, kreativiti, teknologi dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam satu ekosistem yang lebih terbuka, dinamik serta inklusif.

Pengerusi ANIFEST-X, Mohd Zahir Zainal Abidin berkata, edisi istimewa ANIFEST-X turut mengetengahkan inovasi dan teknologi sebagai pemangkin baharu dalam pengkaryaan, selaras perkembangan industri kreatif dan perubahan landskap teknologi semasa.

“Pelbagai aktiviti kreatif dianjurkan sepanjang festival berkenaan, antaranya Pertandingan Doodle dan Maraton Komik secara langsung yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Pertandingan berkenaan turut memberi peluang kepada penggiat serta peminat seni untuk menampilkan bakat, kreativiti dan idea masing-masing dalam suasana yang interaktif dan terbuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penganjuran ANIFEST-X juga memperlihatkan usaha berterusan untuk menghubungkan seni kreatif dengan teknologi serta TVET, sekali gus membuka ruang kepada generasi muda meneroka bidang kreatif melalui pendekatan lebih inovatif.

The post ANIFEST-X raikan sedekad seni kreatif dan TVET appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved