Aniq Kasdan reda tiada rezeki pingat di Olimpik Paris -“Maafkan kegagalan saya”

8 Aug 2024 • 12:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

‘Badang Negara’, Aniq Kasdan reda tiada rezeki pingat di Olimpik Paris 2024 bagi acara angkat berat kategori 61kg lelaki semalam.

Difahamkan, Aniq hanya dipisahkan angkatan berat 1 kg sahaja dengan pemenang pingat gangsa dan perkara itu diakui sangat mengecewakan kerana gagal menaiki podium pada debut pertamanya di Olimpik.

image is not available

Aniq Kasdan reda tiada rezeki, minta maaf kepada Malaysia

Dalam hantarannya di Insta Story, dia memohon maaf kerana gagal membawa pulang pingat kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada rakyat Malaysia.

“Asalamualaikum semua. Pertama sekali saya minta maaf tak dapat bawa balik medal untuk Malaysia.

“Saya dan juga Coach Edmund dan Coach Amirul dah cuba buat yang terbaik dekat sini,” tulisnya.

image is not available

Aniq Kasdan reda tiada rezeki, minta tak salahkan sesiapa

Aniq juga mengakui reda apabila tidak mempunyai rezeki meraih sebarang medal dan berulang kali memohon kemaafan diatas kegagalannya dalam acara yang disertai.

“Tak ada istilah salah sesiapa dan saya dan team memang tak ada rezeki harini untuk dapat medal. Sekali lagi maaf atas kegagalan saya,” ujarnya lagi.

image is not available

Sekadar info, Aniq Kasdan berjaya mencatat rekod baru kebangsaan apabila mengangkat 297 kg angkatan pada Olimpik Paris ini.

Walau bagaimanapun, dia telah berada di kedudukan keempat apabila wakil Amerika Syarikat Hampton Morris berjaya melebihi 1 kg angkatan keseluruhan dengan catatan 298kg (126kg, 172kg) bagi meraih pingat gangsa.

Pingat emas telah dimenangi oleh Li Fabin dari China yang mempertahankan pingat emas dengan jumlah angkatan 310kg (143kg OR, 167kg)) manakala perak pula milik Theerapong Silachai dari Thailand dengan muatan 303kg (132kg, 171kg).

Sumber: Instagram Aniq Kasdan