Anjing Jalanan Masuk Sendiri Klinik Veterinar, Tunjuk Kaki Cedera Mohon Bantuan

5 Jun 2026 • 12:24 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Anjing Jalanan Masuk Sendiri Klinik Veterinar, Tunjuk Kaki Cedera Mohon Bantuan

LUAR NEGARA – Satu rakaman menyentuh hati yang kembali tular di media sosial memperlihatkan seekor anjing jalanan masuk sendiri ke sebuah klinik veterinar bagi mendapatkan bantuan selepas mengalami kecederaan pada kakinya.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh pengguna Threads, anjing tersebut dilihat berjalan dalam keadaan tempang sebelum memasuki klinik veterinar dan menghampiri petugas yang sedang bertugas di kaunter.

Menurut laporan media antarabangsa, kejadian itu sebenarnya berlaku di Brazil sekitar tahun 2021 dan melibatkan seorang doktor veterinar dikenali sebagai Dayse Ferreira.

Seolah-Olah Faham Ke Mana Perlu Meminta Pertolongan

Apa yang menarik perhatian ramai ialah tindakan anjing tersebut yang dilihat tenang berada di dalam klinik sebelum menunjukkan kaki yang cedera kepada petugas, seolah-olah memahami bahawa tempat itu mampu membantunya.

Hasil pemeriksaan mendapati kecederaan pada kaki anjing itu tidak serius. Namun doktor veterinar turut menemui beberapa masalah lain termasuk kutu serta ketumbuhan kecil yang memerlukan rawatan lanjut.

Anjing berkenaan kemudiannya diberikan rawatan sewajarnya sebelum kisahnya mendapat perhatian masyarakat setempat.

Kisah Lama Kembali Tular

Walaupun video tersebut kembali menjadi bualan ramai pada tahun ini, semakan mendapati rakaman itu adalah kejadian sebenar dan bukannya video yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Portal semakan fakta antarabangsa, Snopes, turut mengesahkan bahawa video tersebut adalah rakaman sahih yang pernah dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.

Kisah berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen yang tersentuh melihat kebijaksanaan haiwan tersebut serta keprihatinan kakitangan klinik veterinar yang segera memberikan bantuan.

Ramai turut menyifatkan kejadian itu sebagai bukti bahawa haiwan juga mampu mengenali manusia yang boleh membantu mereka ketika berada dalam kesusahan. – The Malaysian update


Sokong TMU

Jika anda menghargai usaha TMU dalam menyampaikan berita, maklumat dan isu semasa yang bermanfaat, anda boleh memberi sokongan secara sukarela.

Sokongan anda membantu kami terus menghasilkan laporan, artikel dan kandungan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved