“Anju kat Malaysia korang kutuk juga” – Hot Daddy Tempelak Netizen Yang Kecam Zarina Anjoulie

Entertainment
19 Aug 2025 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemunculan Hot Daddy dengan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie dalam perkongsian IG Story pelakon berkenaan telah menjadi tumpuan ramai netizen. Ada yang mengecam, ada yang memberikan komen sinis dan ada juga meluahkan rasa kecewa dalam kalangan peminat.

Bahkan, tidak ketinggalan segelintir netizen yang memberikan komen nakal dengan andaian yang bukan-bukan. Disebabkan itu, bukan sahaja Zarina Anjoulie (Anju), Hot Daddy juga ada tampil memberikan respon mengenai hal ini.

 

Takyah nak acah kecewa – Hot Daddy

Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli memberikan pesanan pedas kepada netizen agar tidak perlu berpura-pura kecewa terhadap Anju kerana pelakon berkenaan sudah seringkali dikecam netizen.

Tegasnya lagi, netizen tidak perlu masuk campur mengenai hal kehidupan Anju memandangkan dia tidak pernah mengacau sesiapa.

image is not available

Malah, Zarina Anjoulie juga turut tampil memberikan respon yang berbaur sarkastik dengan memuat naik pautan Telegram menerusi IG story miliknya.

“Hi, pautan yang anda semua nantikan dah siap, jadi kalau korang nak tengok semua video yang Anju buat, masa Anju kat Bali dan semua video yang korang nak sangat tu, apa video tu? Saya takkan sebut, klik pautan ini.”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Sebagai rujukan, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli sebelum ini telah didakwa pada 2024 atas tuduhan melakukan aktiviti perkhidmatan persundalan menggunakan aplikasi X dan menjual video lucah.

Namun Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan Hasli Ikhwan bersama dua rakan wanitanya pada Disember 2024.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.