Anjur program bina semangat, hari keluarga hanya di Glenmarie!

18 Aug 2026 • 10:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anjur program bina semangat, hari keluarga hanya di Glenmarie!

SHAH ALAM – Sebut sahaja program bina semangat, pastinya pihak penganjur perlu mencari destinasi biasa yang berdekatan dengan sungai, bukit bukau dan jauh daripada pedalaman yang menyebabkan penganjur perlu menanggung kos yang tinggi termasuk logistik, kediaman dan pelbagai lagi.

Kini segala permasalahan tersebut dapat diatasi dengan berkunjung ke Hilton Shah Alam Glenmarie yang terletak di lokasi strategik tetapi menawarkan satu pengalaman unik dan menarik untuk memenuhi keperluan penganjur.

Segala kemudahan yang ada di situ bersesuaian untuk membolehkan segala aktiviti luar, beriadah, berenang dan juga kegiatan lasak dijalankan bersesuaian dengan trend gaya hidup semasa.

Sejak hotel tersebut dibuka pada suku pertama tahun ini, pihak hotel telah berjaya menganjurkan beberapa program kem bina semangat dan pelbagai aktiviti untuk syarikat korporat dan swasta.

Selain itu, hotel tersebut juga bersesuaian untuk memenuhi permintaan syarikat korporat, syarikat swasta dan perusahaan kecil dan sederhana yang mahu menganjurkan majlis makan malam atau hari keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan dengan kakitangan tidak kira pelbagai jenis pangkat.

Image from: Anjur program bina semangat, hari keluarga hanya di Glenmarie!

Tidak kira program bersaiz kecil atau sederhana hingga peringkat mewah, penganjur yang buntu mencari lokasi bersesuaian di Lembah Klang dengan suasana hijau yang menyegarkan, Hilton Shah Alam Glenmarie boleh menjadi penyelesaian tepat pada permasalahan tersebut.

Hotel yang dulunya terkenal sebagai Glenmarie Hotel & Golf Resort kini telah beroperasi sebagai Hilton Shah Alam Glenmarie yang dimiliki sepenuhnya oleh Tradewinds Corporation Berhad.

Tidak perlu dibebani pelbagai kos yang mahal untukpenganjuran program seumpama itu, hotel tersebut kini mampu memenuhi permintaan pelanggan termasuk perseorangan atau yang berkeluarga.

Tetamu hotel tidak perlu me­ninggalkan kota untuk merasai suasana hijau yang berorietasikan gaya hidup kerana mereka dapat menikmati pengalaman unik untuk menghadiri majlis berkonsepkan korporat, perniagaan ataupun majlis serta sam­butan istimewa.

Ruang legarnya yang terbuka luas dengan kesegaran dan kehijauan membuatkan hotel ini berbeza daripada blok-blok bangunan hotel yang ada di sekitar Lembah Klang ini, mereka juga dapat melihat sendiri pemandangan terbentang luas padang golf dan juga sekali sekali disulami dengan bunyi lintasan pesawat dari atau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang terletak berdekatan.

Image from: Anjur program bina semangat, hari keluarga hanya di Glenmarie!

Hotel tersebut bersesuaian juga untuk penganjuran mesyuarat korporat, majlis sosial dan pelbagai majlis kerana ia memiliki premis persida­ngan baharu dengan 29 ruang yang bersesuaian.

Antara tumpuan utama adalah Cullinan Event Hall, ruang acara dengan pencahayaan semula jadi dan susun atur serba guna, sesuai untuk pelancaran produk, majlis keraian mahupun sambutan perkahwinan berskala lebih besar.

Seiring perkembangan itu, pengalaman menjamu selera di Hilton Shah Alam Glenmarie juga turut menjadi perhatian tetamu kerana ia dapat memenuhi semua keperluan bermula daripada sarapan pagi hingga makan malam di beberapa restoran yang disediakan.

Antaranya adalah Gingerfire menawarkan hidangan sepanjang hari dengan pemandangan kolam renang, manakala Glen Lounge menjadi lokasi sesuai untuk menikmati minum petang dan minuman malam berlatar panorama terbuka.

Bagi mereka yang mahukan suasana lebih peribadi, Fūrin menawarkan pengalaman sajian Jepun manakala. Garden Terrace Restaurant pula membawa suasana terbuka dari sarapan hingga makan malam.
Sementara itu, pengunjung boleh bersantai di Pine Café yang melengkapkan pilihan dengan sajian ringan dan minuman untuk dinikmati atau dibawa pulang. -KOSMO! ONLINE

The post Anjur program bina semangat, hari keluarga hanya di Glenmarie! appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved