Anjuran Restoran Borneo Cultures Museum, Jangan Terlepas Program ‘Juh Sungkei Di Museum’

24 Feb 2023 • 2:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tersedia mulai dari 27 Mac – 20 April ini

Anjuran Restoran Borneo Cultures Museum, Jangan Terlepas Program ‘Juh Sungkei Di Museum’. Jika anda mencari tempat berbuka puasa (atau ‘sungkei’) semasa Ramadhan ini, restoran ini adalah satu tempat di Kuching yang boleh anda pertimbangkan untuk pergi.

Tersedia dari 27 Mac hingga 20 April 2023, Borneo Cultures Museum akan menganjurkan program ‘Juh Sungkei di Museum’ yang akan disediakan untuk mereka yang membuat tempahan awal atau walk-in.

image is not available
Anjuran Restoran Borneo Cultures Museum, Jangan Terlepas Program ‘Juh Sungkei Di Museum’

Nikmati harga rendah jika anda menempah sebelum 20 Mac 2023

Untuk menghadiri program ini, anda boleh memilih untuk membuat tempahan terlebih dahulu atau walk-in. Pada masa ini, terdapat promosi awal untuk mereka yang menempah sebelum 20 Mac 2023 – RM50 nett seorang dewasa dan RM28 nett seorang kanak-kanak (6 – 12 tahun).

Harga biasa (penempahan selepas 20 Mac) dan walk-in ialah RM78 nett seorang dewasa dan RM38 nett seorang kanak-kanak (6 – 12 tahun). Surau juga disediakan.

Untuk program ini, anda akan dapat menikmati pakej bufet yang disediakan, terdiri daripada hidangan ala kampung yang sedap dan pencuci mulut juga disediakan!

Untuk menempah, anda boleh menghubungi atau WhatsApp antara dua nombor ini: +6019-8293090 | +082-597811.

Lagi di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved