- Info
- Teks Asal – Farah Izzati
Anker kini melancarkan beberapa barisan produk baharu menerusi siri Anker Prime. Ia merupakan barisan produk untuk pengecasan yang berkelajuan tinggi. Menerusi siri ini, ia memanfaatkan teknologi Gallium Nitride (GaN) untuk pemindahan kuasa yang lebih cekap dan pengecasan boleh dilakukan secara serentak dan aliran kuasa empat kali lebih laju.
Bukan itu sahaja, siri ini turut didatangkan dengan rekaan yang lebih kompak untuk memudahkan pengguna membawanya kemana-mana dan juga mengurangkan haba ketika alat pengecasan ini digunakan.

Antara produk yang diperkenalkan menerusi pelancaran ini adalah Anker 733 Power Bank yang merupakan pengecas hibrid 2 dalam 1 di mana ia boleh berfungsi sebagai pengecas dan juga sebuah powerbank. Ia menyokong pengecasan 65W dan kapasiti bateri 10,000mAh.

Produk lain yang dilancarkan di bawah siri ini adalah Anker Prime 24,000mAh Power Bank 140W, Anker Prime 12,00mAh Power Bank 130W, Anker Prime 27,650mAh Power Bank 250W dan Anker Prime 20,000mAh Power Bank 200W.
Siri Anker Prime ini dijual pada harga antara RM499 sehingga RM999 sebuah. Pembelian boleh dibuat bermula 27 Mac 2024 di platform e-dagang dan rakan kongsi Anker. Anker juga akan bekerjasama dengan Anugerah Juara Lagu 38 untuk pakej istimewa Anker dan pembeli akan menerima beg Anugerah Juara Lagu yang bernilai RM29 secara percuma.

Turut diperlihatkan di pelancaran ini adalah Eufy yang merupakan sub jenama Anker dalam memperkenalkan produk terbaru untuk keselamatan rumah iaitu eufy Edge Security Starter Kit. Ia merangkumi eufy SoloCam C210 2K Security Camera dan eufy HomeBase 3.

Ia menggunakan teknologi BionicMind AI untuk mengesan muka, posisi dan bentuk badan seseorang seterusnya menyimpan data tersebut di dalam ekosistem HomeBase S380 (HomeBase 3). Menerusi HomeBase S380, semuanya boleh dikawal dan dipantau menerusi aplikasi. Ia juga dilengkapi dengan IP67 untuk perlindungan kalis cuaca yang membolehkannya untuk digunakan di luar rumah.

Eufy Edge Security Starter Kit dijual pada harga RM899 dan ia terhad kepada 200 set sahaja. Pembelian boleh dilakukan bermula 27 Mac 2024 di platform e-dagang dan rakan kongsi Eufy.
